Saturday, July 17, 2010

SELINTAS TENTANG IMAM SYAHID HASAN AL-BANNA


Imam Syahid Hasan bin Ahmad bin Abdurrahman Al-Banna-semoga Allah S.W.T merahmatinya-lahir pada tahun 1906 di kota Mahmudiyah, sebuah kawasan dekat Iskandariah. setelah menyelesaikan kuliahnya di Darul Ulum, Kairo, beliau menjadi guru yang berpindah dari satu kota ke kota yang lain, untuk menyeru ummat agar mengamalkan al-Quran dan berpegang teguh kepada sunnah Nabi s.a.w. lewat tangan beliau, Allah S.W.T memberi petunjuk kepada ribuan mahasiswa, buruh, petani, dan berbagai golongan masyarakat lainnya.

Beliau menetap di Ismailiyah beberapa ketika dan mendirikan pejabat pertama Ikhwanul Muslimin, bersama beberapa saudaranya yang terbaik. setelah itu, beliau menyebarkan dakwah melalui berbagai ceramah dan penerbitan. untuk itu, eliau mengunjungi berbagai kota dan desa sehingga dalam waktu yang begitu singkat, beliau memiliki cabang dakwah di berbagai wilayah.

Dakwah beliau tidak terbatas pada kaum lelaki sahaja, tetapi juga menyentuh kaum wanita. kerana itu beliau mendirikan 'Maahad Ummatul Muslimin' sebagai tempat pendidikan khusus bagi kaum muslimah.

kemudian, beliau berpindah ke Kairo. maka pejabat pusat dan pimpinan pun berpindah. saat itu dakwahnya mendapat kecemerlangan, secemerlang sinar mentari, pengaruh ikhwan semakin besar, dan jumlah anggotanya telah mencapai angka setengah juta orang.

Ketika terjadinya tragedi Palestina, pasukan Ikhwanul Muslimin adalah pasukan sukarelawan yang paling aktif dalam menghulurkan bantuan, hingga berhasil mencapai pintu gerbang Tel 'Aviv, andai tidak ada pengkhianatan dari pihak penguasa pada saat itu. Di mana penguasa menandatangani perjanjian damai dengan Israel, dan Raja Farouq menangkap para pemimpin dan tokoh Ikhwanul Muslimin, bahkan para penjajah menggerakkan bonekanya untuk membunuh Hasan Al-Banna.

di depan pejabat pusat 'Asy-Syubbanul Muslimun', di Kairo, mereka memuntahkan peluru-peluru makar kepada beliau, lantas melarikan diri.

Tiada seorang pun yang membalut luka Hasan Al-Banna. bahkan setelah beliau berada di hospital, mereka membiarkannya tergeletak di lantai, hingga darah beliau terus mengalir.(darah yang mampu menyentuh hati nurani manusia, darah seorang pejuang yang hanya ingin melihat tanah Palestin kembali ke tangan Islam, darah yang ingin menjadikan islam sebagai 'ustaziatul 'alam, darah seorang yang berkasih sayang pada semua orang dibiar mengalir dari tubuh seorang pemimpin ummat). mereka melihatnya, namun tidak sedikit pun meneteskan air mata, atau belas kasihan kepadanya, bahkan mereka melarang saudara-saudaranya untuk mendekatinya.

Akhirnya, setelah dua jam, beliau wafat. saat itu pada tahun 1949.

Beliau telah mewariskan sejumlah karya yang amat cemerlang, antara lain: 'Mudzakiraat Ad-Dakwah wa Da'iyah (Catatan Harian Dakwah dan Murobbi) dan 'Majmu'ah ar-Rasail (Kumpulan Surat-Surat).

Moga-moga kita diizinkan Allah untuk mengikuti jejak langkah beliau, semangat dan kekuatan beliau dalam menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebathilan. Marilah kita sama-sama berdoa agar kita dimasukkan ke dalam golongan manusia yang hidupnya sentiasa mempertahankan islam, mengamalkan islam, mengajarkannya, menyebarkannya, serta memenangkan islam di atas muka bumi kepunyaan Allah S.W.T.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment